Senin, 10 Februari 2014

Psy Berduet Dengan Steven Tyler


PENYANYI yang mencipta fenomena seantero dunia menerusi lagu hits Oppa Gangnam Sytle, Psy mendedahkan projek kolaborasi terbarunya dengan penyanyi rock kumpulan Aerosmith, Steven Tyler.

Projek kolaborasinya bersama lagenda rock itu didedahkan menerusi wawancara Psy dengan L’Uomo Vogue Itali keluaran Oktober.

Menurutnya lagi, mereka baharu sahaja selesai merakamkan lagu yang masih belum didedahkan judulnya itu.

Aerosmith adalah band rock Amerika terdiri daripada lima anggota yang ditubuhkan pada tahun 1970. Band ini telah mengeluarkan lebih daripada 30 album platinum.

Secara keseluruhan, 150 juta salinan telah dijual di seluruh dunia, beberapa lagunya telah memecah rekod di Amerika Syarikat.


Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar