Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan

Minggu, 02 Maret 2014

lelaki Mati Selepas 58 Hari Tidak Makan

Thomas Hall, 47

London – Seorang tukang kebun yang menjalankan kajian mengenai kesan akibat tidak makan, akhirnya ditemui mati di dalam hutan, selepas dua tahun menghilangkan diri.
Rangka Thomas Hall, 47, ditemui dalam beg campingnya pada bulan Mac lalu.
Perkara berkenaan didedahkan dalam inkues yang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian tukang kebun berkenaan.
Hall memulakan kempen diet selama 58 hari dan dia tidak langsung makan ketika berkhemah di dalam hutan.
Maklumat tersebut diperolehi dalam diarinya dan polis juga tidak menemui sebarang kesan memasak atau peralatan memasak di dalam kawasan perkhemahannya itu.
Disifatkan sebagai seorang yang pendiam, Hall sering dilihat menyendiri dan dia juga tidak berhubung dengan keluarganya termasuk anak perempuannya.
Bagaimanapun kehilangan dilaporkan pada bulan Oktober 2010 selepas dia tidak pulang ke rumahnya di St Davids, West Wales.
Biarpun polis melancarkan gerakan mencarinya, namun mereka gagal menemui Hall.
Lelaki itu dikatakan membina khemah di dalam hutan belantara dan dia menulis semua butiran mengenai kematiannya dengan tidak mengambil makanan langsung.
Selengkapnya

Kamis, 26 Desember 2013

Polis mati depan Istana Anak Bukit


KHAMIS, 26 APRIL 2012



ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat Konstabel yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini semalam ditemui mati dipercayai ditembak rakan setugas di depan pintu gerbang istana itu menggunakan senjata automatik.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang, mangsa Mohd. Sobri Mohd. Sidek, 22, terbunuh selepas terkena kira-kira empat das tembakan di anggota badan dan kepala.

Sobri yang menyertai polis pada tahun lalu berasal dari Melaka dan belum berkahwin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sebelum kejadian, mangsa dan suspek yang berpangkat Lans Koperal sama-sama bertugas mengawal pintu itu bermula pukul 3 petang dan dijadual berakhir pada pukul 7 petang.

“Pada pukul 5.45 petang, penyelia kedua-dua anggota polis itu terdengar bunyi seakan-akan mercun.

“Apabila penyelia itu keluar memeriksa di pintu pagar gerbang istana, penyelia itu menemui mangsa terbaring berlumuran darah di seluruh badan dengan beberapa kelongsong peluru bertaburan di kawasan itu,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.
Selengkapnya

Senin, 16 Desember 2013

Mengharukan kesetiaannya temani adiknya yang mati selama 3 bulan

4 Dis 2013 


Seekor anjing tampak sedih ketika menemani adiknya selama tiga bulan yang terbaring mati kerana dilanggar sebuah kenderaan di Pixian County, Sichuan, Cina. dailymail.co.uk


Tidak ada seorang pun yang menguburkan adiknya, anjing tersebut tampak setia menemani adiknya selama 3 bulan. Adiknya tidaklah cepat busuk sebab cuaca di situ sejuk. dailymail.co.uk


Usai menemani adiknya yang mati dilanggar kenderaan selama 3 bulan, warga berinisiatif untuk menguburkan anjing tersebut di pinggir jalan. dailymail.co.uk


Anjing itu tidak mau meninggalkan adiknya yang akan dikuburkan oleh penduduk di situ kerana kesetiaannya tidak berbelah bagi
Selengkapnya