Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan

Selasa, 31 Desember 2013

Messi Gembira Kekasih Lahir Anak Pertama


http://i.imgur.com/Tn777.jpg
BARCELONA – Teman wanita Lionel Messi semalam melahirkan bayi lelaki, anak pertama bintang bola sepak Barcelona dan Argentina itu.
Messi dan kekasihnya, Antonella Rocuzzo, menamakan bayi itu, Thiago.
“Saya adalah lelaki paling bahagia di dunia. Anak saya dilahirkan dan ia hadiah daripada Tuhan.
“Terima kasih kepada anggota keluarga saya yang memberikan sokongan kepada kami,” kata Messi dalam Facebooknya.
Barcelona mengumumkan kelahiran itu menerusi laman webnya selepas ia dilaporkan oleh media Sepanyol dan Argentina dan disahkan oleh Messi.
Dalam wawangcara dengan akhbar Sepanyol, El Pais, sebelum ini, Messi berkata dia tidak sabar menunggu masa untuk menjadi bapa.
“Saya sudah bersedia dengan kehadiran Thiago. Ia amat menyeronokkan dan membuat anda berfikir secara lain. Anda tidak lagi hanya memikirkan diri anda,” katanya. – DM
Selengkapnya

Kamis, 26 Desember 2013

Polis mati depan Istana Anak Bukit


KHAMIS, 26 APRIL 2012



ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat Konstabel yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini semalam ditemui mati dipercayai ditembak rakan setugas di depan pintu gerbang istana itu menggunakan senjata automatik.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang, mangsa Mohd. Sobri Mohd. Sidek, 22, terbunuh selepas terkena kira-kira empat das tembakan di anggota badan dan kepala.

Sobri yang menyertai polis pada tahun lalu berasal dari Melaka dan belum berkahwin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sebelum kejadian, mangsa dan suspek yang berpangkat Lans Koperal sama-sama bertugas mengawal pintu itu bermula pukul 3 petang dan dijadual berakhir pada pukul 7 petang.

“Pada pukul 5.45 petang, penyelia kedua-dua anggota polis itu terdengar bunyi seakan-akan mercun.

“Apabila penyelia itu keluar memeriksa di pintu pagar gerbang istana, penyelia itu menemui mangsa terbaring berlumuran darah di seluruh badan dengan beberapa kelongsong peluru bertaburan di kawasan itu,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.
Selengkapnya

Rabu, 18 Desember 2013

Perkosa anak dalam kebun getah



KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol anak gadisnya, dua minggu lalu.

Tuduhan terhadap lelaki yang berusia 33 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Dia didakwa merogol anak sulung dari tiga beradik yang berusia 14 tahun itu di kawasan kebun getah, Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, antara jam 11 hingga 11.10 malam, 13 Jun 2013.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, dan boleh juga dikenakan sebat tidak kurang 10.

Susulan penafiannya, Hakim, Mohd Yusuff Yunus menetapkan sebutan semula pada jam 25 Julai depan, manakala, jamin tidak dibenarkan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin.
Selengkapnya

Minggu, 15 Desember 2013

Saman isteri kerana lahirkan anak hodoh

Ketiga-tiga anak Feng dikatakan mewarisi genetik bekas isterinya.

BEIJING - CHINA . Seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh.

Akhbar tempatan melaporkan, Jian Feng turut mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

Sebelum rahsia itu terbongkar, Feng telah menuduh wanita yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain berikutan wajah anak mereka langsung tidak seirasnya atau isterinya.

Bagaimanapun, bekas isteri Feng menafikan dakwaan tersebut kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya.

Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan bekas isterinya membayar ganti rugi sebanyak AS$120,000 (RM370,000) kepada Feng, dipetik dari laporan TVOR.
Selengkapnya