Minggu, 02 Maret 2014

lelaki Mati Selepas 58 Hari Tidak Makan

Thomas Hall, 47

London – Seorang tukang kebun yang menjalankan kajian mengenai kesan akibat tidak makan, akhirnya ditemui mati di dalam hutan, selepas dua tahun menghilangkan diri.
Rangka Thomas Hall, 47, ditemui dalam beg campingnya pada bulan Mac lalu.
Perkara berkenaan didedahkan dalam inkues yang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian tukang kebun berkenaan.
Hall memulakan kempen diet selama 58 hari dan dia tidak langsung makan ketika berkhemah di dalam hutan.
Maklumat tersebut diperolehi dalam diarinya dan polis juga tidak menemui sebarang kesan memasak atau peralatan memasak di dalam kawasan perkhemahannya itu.
Disifatkan sebagai seorang yang pendiam, Hall sering dilihat menyendiri dan dia juga tidak berhubung dengan keluarganya termasuk anak perempuannya.
Bagaimanapun kehilangan dilaporkan pada bulan Oktober 2010 selepas dia tidak pulang ke rumahnya di St Davids, West Wales.
Biarpun polis melancarkan gerakan mencarinya, namun mereka gagal menemui Hall.
Lelaki itu dikatakan membina khemah di dalam hutan belantara dan dia menulis semua butiran mengenai kematiannya dengan tidak mengambil makanan langsung.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar