Kamis, 06 Maret 2014
Kastam Hong Kong Rampas Gading Lebih 2 Tan
HONG KONG – Pihak kastam semalam mengumumkan rampasan terbesar penyeludupan gading gajah yang pernah dibuat di pulau itu.
Rampasan tersebut merupakan yang kelima sejak Oktober tahun lalu.
Menurut kenyataan kastam, rampasan itu merangkumi penghantaran 1,148 gading seberat 2,177 kilogram (kg) bernilai sekitar $2.25 juta Hong Kong (RM925,300).
Gading tersebut disembunyikan di dalam kontena yang datang dari Tongo di Afrika Barat.
Peningkatan taraf hidup di Asia menyebabkan permintaan terhadap gading dan produk hidupan liar lain meningkat sekali gus mengancam kelangsungan spesies haiwan dan tumbuhan.
Gading gajah mendapat permintaan tinggi di China kerana dijadikan barang kemas dan perhiasan. Harga gading di pasaran gelap China mencecah ratusan dolar sekilogram.
Dua rampasan lain yang dibuat sebelum ini melibatkan gading seberat 1,315 kg dan 3,764 kg.
Seorang jurucakap badan bukan kerajaan, Richard Thomas menyatakan, Hong Kong, Malaysia, Vietnam dan Filipina merupakan tempat transit utama di Asia untuk gading gajah yang diseludup dari Afrika. – Agensi
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar