Sabtu, 21 Desember 2013

Gelagat Artis Di Majlis Berbuka AirAsia

Majlis Berbuka AirAsia

AirAsia Berhad telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan media bertempat di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semalam.
Anak-anak yatim yang hadir daripada tiga buah rumah kebajikan sekitar Selangor dan Lembah Klang telah menerima bantuan persekolahan serta duit raya sempena Aidilfitri yang bakal menjelang.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Aziz Bakar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar.
Penganjur juga telah menjemput beberapa selebriti tempatan bagi memeriahkan majlis tersebut.
Antara selebiriti yang hadir adalah Amy Search, Tomok, Kamal Adli, Elfira Loy, Farish Aziz, Sari Yanti dan ramai lagi.
Mari kita lihat gelagat selebriti kita pada majlis tersebut.
aa1

aa2

aa3

aa5

aa6
Oleh: HARITS ASYRAF
Foto: Instagram Selebriti

Tidak ada komentar:

Posting Komentar