Rabu, 25 Desember 2013

Diarah Buka Hijab Ketika Duduki Peperiksaan


Massachusetts – Seorang pelajar Islam diarahkan membuka hijab ketika dia sedang menduduki peperiksaan untuk melayakkannya menjadi peguam di sebuah sekolah undang-undang di sini.

Menurut Iman Abdulrazzak, keadaan itu menyebabkan fikirannya menjadi keliru selepas baru 10 minit menduduki peperiksaan berkenaan.

“Selama 10 minit, saya amat keliru. Saya cuba memaklumkan kepada pihak berkuasa namun saya umpama ditutup mulut,’’ katanya yang mula memakai hijab sejak berusia 12 tahun.

Susulan itu, Massachusetts Board of Bar Examiners memutuskan untuk mengkaji semula peraturan mengenai pemakaian tudung ketika menduduki peperiksaan di Sekolah Undang-undang Western New England, biarpun Iman mendapat kebenaran untuk memakai tudung.

Iman turut mempersoalkan kenapa dia perlu mendapatkan kebenaran untuk memakai hijab ketika mengambil peperiksaan itu.

“Mungkin mereka boleh meletakkan papan tanda di depan pintu memaklumkan bahawa ia adalah untuk alasan keagamaan dan boleh digunakan jika anda menipu (meniru),’’ katanya.

Dalam pada itu, pengarah eksekutif Massachusetts Board of Bar Examiners, Marilyn Wellington, menyifatkan kesilapan itu sebagai amat malang.

Wellington memberitahu, lembaga itu mempertimbangkan untuk mengkaji semula kebenaran terhadap pemakaian tudung.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar