Tampilkan postingan dengan label suami. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label suami. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Maret 2014

Mungkin Buta Angkara Suami Cemburu

Mungkin Buta Angkara Suami Cemburu

BERPUNCA daripada perasaan cemburu, seorang lelaki bertindak gila apabila menyimbah cuka getah ke muka dan badan isterinya sebelum cuba mengambil nyawa sendiri dengan minum racun, mengelar tangan serta membakar diri.
Bagaimanapun, dalam kejadian itu yang berlaku di Kampung Pejiru, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin, umur pasangan suami isteri itu masih panjang selepas diselamatkan anak lelaki mereka yang berusia 20-an.
Namun, sumber polis berkata, lelaki berusia 49 tahun dan isterinya yang berusia 43 tahun kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS). Menurutnya, sebelum kejadian pasangan itu bertengkar dan si suami menuduh isterinya curang dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain ketika dia keluar bekerja.
“Pertengkaran berlarutan beberapa minit sebelum lelaki itu mengambil cuka getah dan menyimbah ke muka serta badan isterinya yang berkerja sebagai jurujual itu,” katanya.
Sumber itu berkata, sebaik melihat isterinya menggelupur kesakitan, suspek panik lalu mengambil racun rumpai dan meminumnya selain mencederakan pergelangan tangannya sendiri.
Menurutnya, suspek yang juga pengawal keselamatan cuba membunuh diri kerana takut melihat isterinya yang melecur teruk di muka dan badan itu menggelupur kesakitan.
Bagaimanapun katanya, kejadian itu disedari anak lelaki pasangan terbabit yang terjaga daripada tidur selepas terdengar ibunya menjerit kesakitan.
“Anak pasangan itu keluar dari bilik dan nampak ibunya menggelupur kesakitan manakala bapanya meneguk sebotol racun rumpai cuba membunuh diri dengan masuk dalam Proton Saga miliknya dan membakar kenderaan itu.
“Bagaimanapun, mungkin tidak tahan dengan keadaan panas, lelaki itu keluar dan duduk di sisi keretanya. Kesempatan itu diambil anaknya yang menenangkan suspek sebelum menghubungi ambulans,” katanya.
Sumber itu berkata, pasangan berkenaan dihantar ke Hospital Bau jam 1 pagi semalam sebelum dirujuk ke HUS untuk rawatan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata, pasangan terbabit kini kritikal dan dirawat di ICU HUS.
“Mangsa wanita melecur teruk di muka dan badan, malah berkemungkinan hilang penglihatan akibat disimbah cuka getah manakala suspek turut cedera di tangan selain tidak sedarkan diri,” katanya.
Mohd Sabri berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak gila ke atas dirinya serta isteri sendiri, namun ia didorong
Foto : Gambar Hiasan
Selengkapnya

Kamis, 19 Desember 2013

Tuntutan Suami Macam ‘Budak Budak’ Buat Saya Geli Hati – Rita Rudaini

Ekoran Aidil membuat tuntutan supaya Rita Rudaini berpindah ke rumah miliknya di USJ1 sebagai tanda taat setia, Rita Rudaini melabelkan tuntutan suaminya itu seperti budak-budak. Bagi Rita, tuntutan tersebut tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya.


rita rudaini

Kata Rita:-
Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa… memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak. Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian,
Malah kata Rita, dia tidak ada sebab untuk berpindah kerana sudah lebih 4 tahun menghuni di kediamannya di Damansara:-
Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab? Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?
rita
Sementara itu Aidil menafikan yang dia mempunyai wanita lain dan mengakui masih menyayangi isterinya walaupun sedikit tawar hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Rita di dalam media.
Tuduhan itu adalah satu dakwaan yang mengarut kerana saya tidak berlaku curang dengannya, apalagi dengan kesibukan menjalani latihan bola sepak. Saya tiada masa untuk semua itu. Saya berpendapat Rita menuduh saya menjalinkan hubungan dengan wanita lain berdasarkan komen yang dibuat oleh peminat-peminatnya menerusi laman sosial Twitter. Saya masih lagi menyayanginya, cuma hati saya sedikit tawar dengan kenyataannya yang telah keluar di media. Apa-apa pun, saya harap dia kembali kepada saya dengan syarat dia perlu menjadi isteri yang baik dan mendengar kata.
Secara logiknya, memang benar kata-kata yang dikeluarkan oleh Rita mengenai tuntutan Aidil. Namun kalau betul masih sayangkan suami dan anak-anak, duduklah berbincang. Buang ego masing-masing. Tak salah rasanya untuk salah seorang daripada mereka mengalah untuk masa depan anak-anak. Tak gitu?
Selengkapnya