Tampilkan postingan dengan label nasi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label nasi. Tampilkan semua postingan
Senin, 03 Maret 2014
Farid Kamil Larang Diana Makan Nasi

DALAM memastikan isterinya memperolehi tubuh badan langsing sama seperti sebelum bersalin, aktor Farid Kamil telah melarang Diana Danielle daripada menjamah nasi.
Kata Farid yang dipetik menerusi portal Ohbulan, “saya pernah berjanji kepada Diana untuk memastikan bentuk badannya kekal seperti asal selepas berkahwin, dan disebabkan itu, dia kena ikut prosedur saya”.
“Sewaktu mengandung, Diana tidak makan nasi dan lauk kari langsung. Dia cuma makan buah-buahan dan protein seperti ikan salmon untuk memberikan zat yang cukup kepada bayi,” katanya lagi.
Farid juga mengakui hanya akan membenarkan Diana menjamah nasi dalam tempoh masa enam bulan lagi.
Untuk makluman, Diana selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang dikenali sebagai Muhammad pada 2 Julai lalu di Australia.
Oleh: AUDREY LEE
Jumat, 14 Februari 2014
Umno layan penyokong muda sampah SEKADAR DIBERI MAKAN NASI BUNGKUS DIBAWAH MATAHARI TERIK!!!!
4 Feb 2013

BIAR GAMBAR BERBICARA...
Beginilah keadaannya budak-budak yang belum lagi layak mengundi dibuli.....sekadar diberi sebungkus nasi dan makan dibawah matahari terik selepas dikerah memeriahkan majlis yang dihadiri Najib razak sambil membawa placard tertera perkataan I LOVE PM.
Dimana letak jiwa perikemanusiaan UMNO .....rakyat dikerah supaya sayangkan pemimpinnya tetapi pemimpinnya langsung tidak kasih dan ambil port nasib penyokong-penyokongnya.
Para pemimpinya makan dibawah khemah sedangkan pengikut setia tukang ayak poster dilayan macam hamba abdi.
Cukuplah selama 56 tahun rakyat dihina dan dibuli.... Ini kali rakyat wajib melakukan perubahan agar suasana sebegini tidak lagi mujud dimuka bumi.
JOM UBAH... INI KALILAH TUKAR... SELAMATKAN MALAYSIA.
sumber:Omakkau
Langganan:
Postingan (Atom)