Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Maret 2014

Artis hantar gambar ‘anu’

5 Sep 2013

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
Johor Bahru: Seorang artis lelaki tanah air yang baru-baru ini menggemparkan negara apabila rumah tangganya bergolak kini sekali lagi terbabit dengan kontroversi apabila didakwa menghantar gambar alat sulitnya melalui aplikasi WhatsApp Messenger (WhatsApp) kepada seorang wanita berstatus isteri orang.
Difahamkan, artis berkenaan menjalin hubungan terlarang itu sejak hujung Julai lalu dan berlarutan hingga Ogos lalu.

Artis lelaki dan wanita dipercayai berusia awal 30-an itu dikatakan pada mulanya hanya bertukar mesej berbaur cinta sebelum artis berkenaan bertambah berani dan memberi mesej lucah menggunakan WhatsApp.
Walaupun dikatakan tidak pernah bertemu, artis itu dikatakan semakin intim hingga sanggup menghantar gambar lucah sebelum dikesan suami wanita berkenaan.

Suami wanita itu dikatakan menyedari hubungan artis berkenaan dengan isterinya selepas menemui perbualan dan gambar alat sulit artis lelaki itu kepada isterinya.

Keadaan itu menyebabkan pengadu berusia 50-an itu tertekan sebelum membuat laporan polis di sebuah balai di sekitar Johor Bahru, baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan menerima laporan berkaitan kes berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan polis pada 23 Ogos lalu yang dibuat di sekitar Skudai.
“Berikutan itu, kami memanggil artis lelaki berkenaan untuk direkodkan keterangan selepas laporan berkaitan dakwaan itu dibuat seorang individu.

“Artis terbabit memberi kerjasama dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (mengaibkan kehormatan),” katanya.
myMetro
Selengkapnya

Sabtu, 01 Maret 2014

Inilah Gambar Yang Boleh Buat Korang Gila


Agaknya apa gadis-gadis ini buat? inilah terjadi apabila satu geng berkumpul..macam boleh buat, kalau tak silap gadis yang kepalanya terdongak ke atas itulah ketuanya haha..

Gila lah! nak berposing pun ada gaya macam ni ke...

Selengkapnya

Sabtu, 28 Desember 2013

Fina AF9 Akui Muatnaik Gambar Pusat Tapi Akui BUKAN Pusatnya…

Fina AF9 Akui Muatnaik Gambar Pusat, Tapi Akui BUKAN Pusatnya...

Jarang muncul di dada akhbar bukan bermaksud tiada orang yang ambil kisah dengan kehidupan selebriti ini.
Kata orang, seperti daging yang diperam, makin lama, makin lazat isinya.
Baru-baru ini, Fina AF9 yang popular dengan lagu ‘Menangis Lagi’ telah menimbulkan kontroversi di dunia Instagram apabila memuatnaik sekeping gambar tindik di bahagian pusat dipercayai adalah dirinya.
Bukan itu sahaja, penyanyi bersuara lantang ini juga dipuji amat berani oleh followers-nya kerana memuatnaik gambar yang memaparkan bahagian abdomen yang ramping itu, sedikit sebanyak memberikan imaginasi nakal kepada mana-mana lelaki yang melihatnya.
Berikutan daripada itu, pihak OHBULAN! menemubual Fina AF9 bagi mengetahui apakah yang sebenarnya dikejar oleh penyanyi berumur awal 19 tahun ini.
Adakah dia sengaja membangkitkan kontroversi, atau terlepas pandang semata-mata?
 “Sebenarnya, gambar itu bukanlah saya. Saya cuma ambil dari internet dan sengaja memilih gambar wanita yang rambutnya hampir serupa dengan saya dan muatnaik untuk suka-suka.
” Tak mungkinlah saya nak tindik pusat, kemudian masukkan ke laman sosial. Kalau ibu saya tahu, dia pasti akan marah. Jadi, tak ada sebab saya mahu lakukan perkara sebegitu.”
Selain itu, beberapa keping gambar yang memaparkan Fina memakai gaun ketat dan seksi juga turut dimuatnaik ke laman Instagramnya. Gambar-gambar tersebut telah menimbulkan beberapa spekulasi serta persoalan kepada para peminat.
Ditanya kenapa kini sudah berani berpakaian begitu, pantas Fina menjawab,”Fina berpakaian sebegitu hanya untuk sesi fotoshoot dan kesemua baju tersebut telah ditaja, jadi Fina pun pakailah.”
“Pihak penaja cuma mahukan Fina berpakaian sebegitu, tidaklah seksi pun dan Fina dibayar untuk promosikan pakaian mereka,” tambahnya lagi.
Tidak cukup disitu, pihak OHBULAN! turut terdengar suara-suara kecil yang mengatakan Fina kini tidak ubah seperti perempuan murahan kerana sanggup berpakaian begitu.
“Saya rasa saya bukanlah seperti apa yang orang kata. Maklumlah, mulut orang, siapa boleh tutup, kan? Jadi, kalau saya pakai macam tu je, saya ni murahlah?
“Orang yang kenal saya, mereka tahu saya macam mana. Ibu saya sendiri tahu saya ini macam mana,” jelas Fina menafikan tuduhan tersebut.
Terdapat juga tuduhan melulu dari sumber-sumber yang dipercayai mengatakan Fina kini berparti di kelab malam dan penyanyi ini sekali lagi menafikan tuduhan tersebut.
“Kalau saya pergi kelab malam pun, saya cuma pergi tengok ‘live band’ dan akan ditemani oleh ibu serta adik beradik saya. Memang tiap-tiap minggu saya pergi, tapi hanya untuk tengok ‘live band’ bersama keluarga saya.”
Mengakhiri perbualan, Fina turut memberitahu,”Kalau benar pun saya mahu bersosial, takkanlah saya nak masukkan ke dalam laman sosial. Saya tahu diri saya berada di mana.” (Ohbulan.com)
Selengkapnya